Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin (dua dari kanan) bersama Pengerusi Eksekutif Capital A Berhad, Datuk Kamarudin Meranun (tiga dari kanan) dan Penasihat Komersial Ikhlas.com, Datuk Rosyam Nor (kanan) bergambar bersama penerima Asnaf di M Resort & Hotel Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 18 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Bagi ramai umat Islam, menunaikan umrah mungkin hanya tinggal impian.

Namun kini 1,000 individu asnaf di seluruh Malaysia berpeluang menjejak kaki ke Tanah Suci secara percuma melalui kempen Umrah 1,000 Asnaf anjuran ikhlas.com.

Kempen ini dilancarkan sempena ulang tahun kelima ikhlas.com yang merupakan sebuah platform gaya hidup Islam di bawah Capital A (dahulunya AirAsia) untuk membantu golongan kurang berkemampuan menunaikan ibadah umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, kempen ini menyasarkan golongan seperti fakir miskin, ibu tunggal, OKU, warga emas dan mualaf yang belum pernah menunaikan umrah.

“Kita mahu bantu mereka yang terlalu lama menunggu dan terlalu banyak berkorban, tetapi tidak pernah meminta.

“Umrah ini adalah hadiah, bukan sekadar bantuan,” katanya dalam taklimat bersama media di M Resort & Hotel, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin bercakap pada sesi bersama media pada program Umrah 1,000 Asnaf di M Resort & Hotel Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 18 APRIL 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin bercakap pada sesi bersama media pada program Umrah 1,000 Asnaf di M Resort & Hotel Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 18 APRIL 2025.

Setakat ini, sembilan penerima golongan asnaf telah dipilih.

Penerbangan pertama dijadualkan pada 20 Julai ini dengan sasaran 250 peserta menjelang Oktober.

Kempen ini pula akan berlangsung sehingga Syawal tahun depan.

Setiap peserta akan menerima pakej lengkap bernilai kira-kira RM5,000, termasuk tempat tinggal, pengangkutan, mutawif, ziarah, serta duit poket untuk urusan peribadi sepanjang berada di Tanah Suci.

Menariknya, kempen ini dibiayai sepenuhnya oleh ikhlas.com dengan anggaran kos keseluruhan mencecah RM5 juta.

Walaupun syarikat turut menguruskan sumbangan awam, semua kos logistik dan pentadbiran ditanggung tanpa mengambil sebarang komisen daripada wang sedekah orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin (dua dari kiri) bersama Pengerusi Eksekutif Capital A Berhad, Datuk Kamarudin Meranun (dua dari kanan) dan Penasihat Komersial Ikhlas.com, Datuk Rosyam Nor (kanan) bergambar bersama 'Qashwa' pada program Umrah 1,000 Asnaf di M Resort & Hotel Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 18 APRIL 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin (dua dari kiri) bersama Pengerusi Eksekutif Capital A Berhad, Datuk Kamarudin Meranun (dua dari kanan) dan Penasihat Komersial Ikhlas.com, Datuk Rosyam Nor (kanan) bergambar bersama ‘Qashwa’ pada program Umrah 1,000 Asnaf di M Resort & Hotel Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 18 APRIL 2025.

Menurut Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun, ikhlas.com juga disokong rangkaian perniagaan Capital A yang meraikan langkah penting ke arah pengeluaran syarikat daripada status Nota Amalan 17 (PN17) dengan kelulusan Cadangan Pelan Regularisasi oleh Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

“Kami mengharapkan rakan kongsi lain menyertai pergerakan ini demi manfaat ummah,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Capital A Berhad, Datuk Kamarudin Meranun bercakap pada sesi bersama media pada program Umrah 1,000 Asnaf di M Resort & Hotel Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 18 APRIL 2025.
Pengerusi Eksekutif Capital A Berhad, Datuk Kamarudin Meranun bercakap pada sesi bersama media pada program Umrah 1,000 Asnaf di M Resort & Hotel Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 18 APRIL 2025.

Orang awam yang mengenali individu asnaf yang layak boleh menghantar pencalonan melalui Instagram @ikhlasdotcom dengan tanda pagar #IkhlasUmrah1000Asnaf dan sertakan gambar atau video pendek yang menunjukkan keadaan calon.

Setiap pencalonan akan dinilai, dan calon terpilih akan ditemuduga sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan jemaah.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ikhlas.com atau muat turun aplikasi Ikhlas di App Store dan Google Play. – MalaysiaGazette

PODCAST PENCARIAN 1000 ASNAF:

Qashwa | Umrah 1000 Asnaf Bersama Ikhlas

Qashwa | Umrah 1000 Asnaf Bersama Ikhlas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here