KUANTAN – Pelakon dan model, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40 hadir di Mahkamah Syariah Kuantan hari ini bagi mendengar sebutan semula kes berkaitan tuntutan perceraiannya dengan suami, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47.
Beliau yang memakai abaya rona biru muda tiba di perkarangan mahkamah diiringi abangnya kira-kira jam 8.55 pagi, diikuti Zackery yang hadir bersama keluarga terdekat.
Terdapat tiga kes yang akan disebut di mahkamah hari ini iaitu tuntutan atau permohonan cerai, permohonan perintah injunksi terhadap gangguan serta tungutan hadhanah bagi hak lawatan anak dan hak bermalam.
Pada 3 Disember 2024, Zahnita Wilson memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan diwakili peguam syarie dari Asyikin Partners.
Katanya, keputusan untuk bercerai dibuat kerana tidak mampu lagi mempertahankan rumah tangga yang telah dibina sejak 19 tahun lalu kerana menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Pada 6 Disember 2024 pula, beliau diberikan hak hadanah interim terhadap empat anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini. – MalaysiaGazette