(ARKIB) Mohd Azizulhasni Awang

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai masa depan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terjawab apabila beliau hari ini mengumumkan untuk meneruskan kariernya sebagai pelumba berbasikal trek namun secara profesional.

Atlet berusia 37 tahun itu berkata, keputusan itu dibuat setelah berbincang bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam memastikan segala peruntukan dapat ditumpukan kepada pelumba lain.

“Saya mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam arena berbasikal secara kompetitif namun perjalanan sedikit berbeza, saya tidak akan bersama dengan pasukan kebangsaan.

“Saya memilih untuk bergerak sendiri dan secara profesional. Ketika duduk dengan MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) saya meminta mereka untuk memberi tumpuan penuh peruntukan kepada atlet lain demi kesinambungan sukan kita,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Hannah di MSN di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Azizulhasni berkata, beliau bersedia untuk beraksi bersama skuad kebangsaan sekiranya khidmat beliau masih diperlukan terutamanya bagi temasya Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here