Logo Polis di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Seorang ketua balai polis di ibu negara ditahan selepas mengaku mengambil dadah jenis jus di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Jumaat lalu.

Saringan awal air kencing terhadap suspek di pusat hiburan itu juga positif dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine, Ketamin, Benzo.

Mengikut fakta kes, penahanan pegawai polis berusia 43 tahun itu dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di bilik VIP pusat hiburan itu lebih kurang jam 5.05 petang.

Hasil siasatan awal suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah jenis jus dari seorang lelaki di tempat dia ditahan.

Suspek direman dua hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here