SYDNEY – Lima orang mati lemas selepas ombak besar melanda beberapa bahagian di Australia pada permulaan hujung minggu Easter.
Dua lagi hilang di luar pantai New South Wales dan negeri Victoria.
Pada hari Sabtu mayat seorang lelaki ditemui di dalam air berhampiran Tathra di selatan New South Wales.
Ia berlaku sehari selepas seorang nelayan berusia 58 tahun dan dua lelaki lain ditemui mati dalam kejadian berasingan di negeri ini.
Pasukan penyelamat sedang mencari seorang lelaki yang dihanyutkan air berhampiran Sydney.
Pada hari Jumaat, seorang wanita lemas dan seorang lelaki hilang selepas kumpulan mereka dihanyutkan ke laut di San Remo di Victoria.
“Seorang daripada wanita itu berjaya kembali ke pantai tetapi seorang lagi wanita dan lelaki itu tidak dapat melakukannya,” kata polis Victoria.
Perdana Menteri Victoria Jacinta Allan berkata, insiden-insiden itu adalah “permulaan yang mengerikan” untuk hujung minggu Easter.
“Kesedihan saya bersama individu-individu yang telah kehilangan nyawa keluarga mereka dalam keadaan tragis ini, dan berkemungkinan ada berita lebih sukar akan datang,” katanya.
Negeri-negeri timur Australia juga dilanda ombak berbahaya.
Ketua badan amal Surf Life Saving Australia, Adam Weir, menasihatkan pelancong untuk melawat pantai yang dikawal selepas data menunjukkan 630 orang telah lemas di pantai yang tidak dikawal sejak 10 tahun lalu.
“Tetapi lokasi pantai ini boleh mendatangkan bahaya, ada yang boleh anda lihat dan ada yang tidak boleh,” ujarnya. – Agensi