Bangunan Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri menegaskan tiada sebarang perubahan dasar visa atau imigresen yang menjejaskan rakyat Malaysia yang ingin melancong atau menetap di Amerika Syarikat (AS).

Penjelasan itu dibuat susulan laporan berhubung perubahan dasar imigresen oleh pihak berkuasa AS.

Menurutnya, langkah tersebut tidak menyasarkan rakyat Malaysia secara khusus.

“Namun rakyat Malaysia yang kini berada di AS atau yang merancang ke sana dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap perkembangan terkini berkaitan keperluan visa, kemasukan dan dasar imigresen negara itu,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Kementerian Luar Negeri juga menggesa rakyat Malaysia yang menetap di AS supaya sentiasa mematuhi undang-undang tempatan serta peraturan imigresen yang dikuatkuasakan dengan ketat.

Bagi sebarang pertanyaan atau bantuan konsulat, rakyat Malaysia boleh menghubungi:

Kedutaan Besar Malaysia di Washington, D.C.
Telefon: ‪+1 (202) 375 4396‬
Emel: [email protected]

Konsulat Jeneral Malaysia Di Los Angeles.
Telefon: ‪+1-213-8921238‬
Emel: [email protected]

Konsulat Jeneral Malaysia Di New York
Telefon: ‪+1 (212) 490-2723‬
Emel: [email protected]

Kementerian turut memberi jaminan pihaknya akan terus memantau perkembangan isu ini dan akan menyalurkan maklumat terkini sekiranya berlaku sebarang perubahan yang membabitkan rakyat Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih sebelum merancang perjalanan ke luar negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here