Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, bercakap pada sidang media berkenaan Kejayaan Menumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Jenis Ganja secara online di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 21 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Seorang jurujual alat ganti kenderaan ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan buih pada mulut di dalam keretanya berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian itu disedari rakan mangsa yang menemui mangsa di dalam kenderaan yang diparkir di luar premis terbabit pada jam 8.41 pagi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 34 tahun itu hadir ke pusat hiburan tersebut sempena sambutan hari jadi seorang kenalan dan telah menghisap rokok elektronik (vape) sebelum itu.

“Mangsa kemudian mengalami sesak nafas dan rasa panas badan selepas berada di dalam premis itu, lalu dia keluar untuk menenangkan diri di dalam kereta untuk sejukkan badan.

“Tidak lama kemudian, mangsa ditemui tidak sedarkan diri dengan buih di mulut, bagaimanapun tiada kesan kecederaan ditemui,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Jelasnya, semakan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dikesan ke atas mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

“Proses bedah siasat sudah dijalankan malam tadi namun keputusan masih belum diperolehi kerana menunggu hasil ujian toksikolog dan siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here