Bekas Ketua Wanita UMNO Negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (kiri) ketika hadir ke Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) di Kampung Tanjung Keramat, Tapah, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 APRIL 2025.

TAPAH – Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin masih kekal ‘membisu’ susulan keputusan beliau menyertai Pas.

Cubaan Malaysia Gazette (MG) Perak menghubungi beliau bagi mendapatkan maklum balas berkenaan perkara tersebut tidak membuahkan hasil.

Mantan Exco Perak itu pada Sabtu menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Ceramah Mega di Kampung Tanjung Keramat, Tapah, dekat sini.

Beliau ditemani suaminya, Muhammad Noor Farid Zainal iaitu Setiausaha Pas Tapah yang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Wan Norashikin pernah dilantik sebagai Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Kebajikan Masyarakat Negeri pada tahun 2020 ketika Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pada PRU15 Wan Norashikin tewas dengan Zafrulazhan Zan dari PN dalam pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampong Gajah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here