Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA – Kemampuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjaga keselamatan perairan negara menjadi sebutan di luar negara.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peranan penting agensi itu harus menjadi kebanggaan negara.

“Kami berbangga kerana APMM antara agensi yang sangat penting. Setiap kali saya berpeluang menghadiri persidangan antarabangsa mengenai jenayah, antara kisah yang selalu dikongsikan okeh rakan luar adalah keupayaan APMM dalam mengawasi keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian buku Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), ‘Helang Samudera, Perisai Maritim Negara’.

Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah; Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Dr. Abdul Latiff Abu Bakar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Sementara itu, Saifuddin berkata, peranan APMM dalam mendepani pelbagai cabaran perlu seiring dengan keupayaan aset berteknologi canggih.

Justeru katanya, kerajaan sentiasa menyokong peranan agensi tersebut khususnya berkaitan perolehan-perolehan aset yang diperlukan.

Ia termasuk perolehan kapal induk buatan Turkiye, Multi Purpose Mission Ship (MPMS) dalam tempoh 20 bulan dari sekarang dan empat helikopter baharu.

“Wilayah laut kita yang luas sentiasa terdedah dengan pelbagai jenayah termasuj pencerobohan dan insiden penyeludupan,  namun komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) membantu meningkatkan keupayaan aset,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here