Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan banyak perkara pelik berlaku dalam negara ketika ini.

Menerusi hantaran bertajuk `Yang Pelik’ di laman sosial Facebooknya hari ini, beliau berkongsi perkara aneh itu dengan harapan ia tidak ditafsir sebagai menghina mahkamah.

Antara yang dikongsi Dr. Mahathir adalah ada orang yang dikenakan cukai ratusan juta tetapi tida perlu bayar; ada duit yang dicuri tetapi hanya dipulangkan separuh; ada yang tiba-tiba dimasukkan ke dalam lokap tanpa didakwa; ada yang dilepas tanpa sebab serta ada dirampas buku dagang dan diberikan semula tanpa sebab.

Selain itu, katanya, perkara pelik lain termasuk ada individu yang sedang dibicara tetapi ditarik ballik dakwaan serta ada yang diketahui melakukan pelbagai jenayah tetapi menjadi pemegang jawatan tinggi.

“Banyak dadah dan duit dirampas tetapi tidak ada tangkapan.

“Ada sedikit dadah dijumpa dalam kereta. Pemilik kereta kena tahan. Akan kena hukum gantung.

“Ada organised crime (jenayah terancang) dalam Malaysia. Tak dijelas apa crime yang dilaku.

“Siapa yang dibunuh oleh mereka. Bilakah mereka samun?

“Ada kes organisasi yang mengada kursus liwat. Wow!

“Ramai yang kena tahan berbulan tanpa caj. Tidak dihadap ke mahkamah.

“Untuk hukum tak perlu hukum, tak perlu mahkamah, tak perlu perbicaraan,” katanya.

Tambah Dr. Mahathir, sesungguhnya lagi benda yang pelik yang berlaku di negara ini.

“Ia mengkagum.  Ia membangga. Hidup Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast