Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ahmad Zamri Md Isa (tengah) pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2024 Pahang di sini hari ini

KUANTAN – Seramai 595 orang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 517 calon tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ahmad Zamri Md Isa berkata, daripada 595 calon yang cemerlang, empat orang calonĀ  memperoleh keputusan paling cemerlang semua A+.

Manakala seramai 6,513 calon (38.44%) telah memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2024 berbanding 6,374 calon (37.98%) pada tahun 2023.

Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 139 calon (0.46%) berbanding tahun 2023, katanya dalam sidang pengumuman keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 negeri Pahang di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zamri, seramai 16,262 calon (95.99%) daripada 17,285 calon berdaftar bagi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) layak menerima sijil SPM pada tahun 2024 di Pahang berbanding 15,918 calon (94.85%) pada tahun 2023.

Beliau turut memaklumkan penurunan jumlah calon tidak hadir bagi tahun 2024 iaitu seramai 343 calon berbanding 468 calon tahun sebelumnya.

Ahmad Zamri menjelaskan, ia hasil intervensi berterusan sepanjang tahun dijalankan pihaknya bagi meningkatkan kesederan calon-calon kepentingan menduduki peperiksaan utama itu.

Dalam pada itu, seramai 12 orang Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) daripada 84 calon dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 5A-.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here