Exco Kanan, Exco Pertanian Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan, Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Abd Razak.

KUANTAN –  Sebanyak 63 tan metrik  kelapa tua telah dibawa masuk untuk pasaran di  negeri Pahang dalam tempoh Januari hingga Februari tahun ini oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Datuk Mohd Soffi Abd Razak berkata, bekalan kelapa tua itu dibawa masuk melalui empat pusat operasi FAMA.

Pusat operasi terlibat ialah di Pusat Operasi FAMA Kuantan, Pusat Operasi FAMA Jerantut, Pusat Operasi FAMA Lanchang, dan Pusat Operasi Cameron Highlands.

“Pembekalan kelapa adalah daripada Sabah, Sarawak dan Indonesia melalui Ibu pejabat FAMA dan diagihkan mengikut Negeri di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang hari ini.

Jelas Mohd Soffi, pada tahun 2024, keluasan tanaman kelapa di Pahang direkodkan seluas 3,672 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 27,287 tan metrik  setahun.

Bagaimanapun, jumlah pengeluaran mash belum mencukupi bagi menampung permintaan semasa terutama bagi bekalan kelapa tua yang diperlukan sebanyak 350,000 biji atau 350 tan sebulan.

Menurut beliau, faktor kekurangan bekalan kelapa adalah peningkatan permintaan tinggi melebihi bekalan.

“Permintaan tinggi terhadap kelapa disebabkan oleh penggunaan dalam pelbagal sektor seperti Industri makanan dan minuman produk hiliran seperti santan, minyak kelapa dara dan air kelapa.

“Peningkatan sektor agro pelancongan dan penghasilan makanan tempatan juga antara faktor utama kekurangan bekalan kelapa,” ujarnya.

Ketidaseimbangan antara menyebabkan Malaysia pengeluaran domestik dan permintaan bergantung kepada import kelapa tua dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Pada tahun 2024, sebanyak 640 metrik tan kelapa tua dimport ke Malaysia termasuk 30 metrik tan bagi keperiuan Pahang.

Kebergantungan terhadap import menyebabkan harga kelapa tidak stabil dan memberi kesan kepada kos pengeluaran industri hiliran.

Susulan bagi memperkukuhkan bekalan kelapa domestik, kerajaan negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi merancakkan pembangunan industri penanaman kelapa.

Ia termasuk program tanaman semula dan penanaman baharu dengan menggalakkan penanaman varieti kelapa produktif seperti Kelapa Matag dan Permohonan Tanah Pajakan PSK bagi tahun 2024 seluas 5,978.48 hektar tanah disyorkan untuk tanaman Kelapa.

Beberapa insentif disediakan kepada pengusaha bagi tanaman baru dan pemulihan dusun kelapa.

Bantuan tersebut merangkumi penyediaan input pertanian seperti benih berkualiti, baja, mesin dan pembangunan infrastruktur ladang.

Untuk rekod, pada tahun 2024, sebanyak RM207,240.00 telah diperuntukkan kepada 34 orang pengusaha kelapa di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here