Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Utama Syariah yang membuka laluan kepada penubuhan Mahkamah Utama Syariah di Pahang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kelulusan tersebut akan memberi peluang kepada rakyat untuk mengemukakan kes rayuan keputusan mahkamah ke peringkat lebih tinggi.

“Kelulusan RUU ini juga membuka laluan kepada penubuhan Mahkamah Utama Syariah secara rasmi di Pahang.

“Tujuannya bagi beri peluang lagi untuk kemukakan kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, boleh dirayu kepada mahkamah utama, jadi ada empat peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Kini Pahang mempunyai tiga peringkat undang-undang syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Menurut Wan Rosdy, berikutan kelulusan itu kerajaan negeri merancang membina sebuah kompleks mahkamah namun ia perlu mealui proses yang ditetapkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here