Anggota memadam kebakaran di tiga kilang yang mengakibatkan tiga lelaki melecur dalam kejadian di kilang membancuh  cat di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Johor Bahru petang tadi.

KULAI – Tiga lelaki melecur selepas sebuah kilang membancuh cat di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, di sini, terkabar petang tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Fauzi Awang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 2.13 petang.

Susulan itu katanya, seramai 46 anggota dari BBP Kulai, BBP Skudai, BBP Kempas, BBP Pontian Baru dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kulai Besar serta PBS Senai bersama-sama satu unit forensik bergegas ke lokasi.

“Mereka dibantu empat jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT), serta dua jentera perkhidmatan, penyelamatan, perawatan, kecemasan (EMRS).

“Turut serta dalam operasi tersebut tiga kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, satu kenderaan utiliti sukan (SUV)  Perodua Kembara , dua lori tangki air, dua kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, satu lori HICOM dan satu pikap jenis Proton Arena.

“Setibanya ke tempat kejadian didapati kebakaran tersebut melibatkan sebuah kilang membancuh cat  berkeluasan 30 x 60 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu memusnahkan 95 peratus kilang hingga merebak di dua kilang bersebelahan yang juga berkeluasan 30 x 60 persegi hingga mengakibatkan kemusnahan 25 peratus.

“Selain itu, sebuah jip, tiga kereta, satu MPV (kenderaan pelbagai guna), satu lori dan satu forklift didapati terbakar sebanyak 80 peratus,” katanya.

Pihak bomba ujar beliau, kemudian menjalankan kerja-kerja pemadaman dan operasi terkawal pada pukul 5.16 petang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here