DI tengah-tengah hiruk-pikuk Kota Jaipur di India yang penuh warna dan sarat dengan budaya – tersergam megah sebuah keajaiban seni bina yang telah berdiri teguh selama dua abad.
Hawa Mahal atau lebih dikenali sebagai Istana Angin itu dibina pada tahun 1799 atas titah Maharaja Sawai Pratap Singh dan direka oleh arkitek tersohor Lal Chand Ustad.

Hawa Mahal menjadi lambang keanggunan seni bina Rajputana yang tidak lapuk ditelan zaman.
Istana lima tingkat itu dihiasi dengan 953 jendela kecil atau jharokhas yang direka khas untuk laluan angin sejuk berlegar masuk ke ruang dalamannya.
Namun keunikan sebenar Hawa Mahal terletak pada kisah di sebalik dinding batu pasir berona merah dan merah jambu itu.
Ia dibina khas sebagai ruang privasi buat wanita bangsawan istana agar mereka dapat menikmati kehidupan luar, panorama bandar, menyaksikan perarakan dan festival dari sebalik tirai tanpa dilihat oleh orang ramai.

Pembinaan ini juga menjadi simbol keindahan seni bina Rajput dan warisan budaya India yang terkenal di seluruh dunia.
Ia kini diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site yang menjadi tumpuan pelancong yang menyaksikan kira-kira sejuta setahun.

Kini, para pelancong termasuk daripada Malaysia berpeluang meneroka keindahan bandar ini.
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia memperluaskan rangkaiannya dengan memperkenalkan laluan baharu yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Jaipur yang dikenali permata terkenal utara India. – MalaysiaGazette
#flyairasia #flytojaipurwithairasia