Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Walaupun pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan beberapa nama besar  kem pro-Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli kecundang namun ada pemerhati politik percaya kekalahan tersebut tidak menggambarkan pengaruh Ahli Parlimen Pandan itu goyah.

Menurut seorang sumber parti, kekalahan peringkat ‘kepala’ iaitu ketua cabang dan calon-calon utama tidak semestinya bermakna keseluruhan jentera atau ‘badan’ telah beralih arah.

“Ramai tengok keputusan atas kertas dan kata Rafizi kalah di banyak tempat tapi hakikatnya, ramai yang menang adalah ‘badan’ yang tetap dengan pasukan beliau.

“Hanya ‘kepala’ sahaja yang berubah,” dakwanya kepada MalaysiaGazette.

Katanya, walaupun ada ketua-ketua cabang yang tewas, pasukan barisan jawatankuasa cabang (AJK) yang menyokong Rafizi masih memegang majoriti.

Ini sekaligus mengekalkan pengaruh beliau peringkat pelaksanaan akar umbi, dakwa sumber itu.

“Contoh yang paling jelas, hampir dua pertiga calon dalam kalangan pro-Rafizi telah menang. Jadi, jangan terkejut kalau dasar dan arah pergerakan parti masih banyak dikawal oleh orang-orang Rafizi,” katanya.

Tambah beliau, ramai juga dalam kalangan pemerhati melihat fenomena itu sebagai bukti struktur sokongan Rafizi yang lebih tersusun dan tidak bergantung semata-mata pada tokoh popular peringkat atas.

Sebaliknya, beliau membina kekuatan melalui rangkaian dalaman khususnya dalam kalangan penggerak akar umbi dan teknokrat muda dalam parti.

“Kekalahan ketua cabang tidak bermaksud kehilangan kawalan. Kadang-kadang yang naik itu pun masih orang dia, atau setidaknya bekerja rapat dengan dia,” tambahnya.

Meskipun naratif kekalahan kem Rafizi cuba dimainkan oleh sesetengah pihak, angka sebenar dan kedudukan strategik ahli jawatankuasa cabang parti memperlihatkan gambaran yang lebih kompleks dan menunjukkan kekuatan Rafizi tidaklah goyah seperti digambarkan.

“Dengan pemilihan peringkat nasional semakin hampir, pemerhatian ini penting untuk memahami bagaimana kuasa sebenar dalam parti bergerak  bukan sekadar melalui nama di atas kertas,

“Sebaliknya melalui jaringan dalaman yang masih kukuh menyokong Rafizi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here