JOHOR BAHRU – Johor mengisytiharkan Isnin ini iaitu 28 April ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cuti peristiwa berkenaan sebagai tanda sokongan padu dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Syukur Alhamdulillah. Tahniah pasukan JDT kerana berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 menentang Sri Pahang pada Sabtu ini, 26 April 2025.

“Menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dengan ini Kerajaan Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Isnin, 28 April 2025, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor.

“Menjunjung setinggi-tinggi kasih Tunku Mahkota Ismail atas visi, perancangan dan usaha luar biasa dalam menjadikan JDT sebuah kelab bola sepak berprestij, bukan sahaja di Malaysia, bahkan kini disegani di rantau Asia,” katanya dalam kenyataan.

Onn Hafiz berkata, dengan empat gelaran Piala Malaysia dalam tangan pada musim 2017, 2019, 2022 dan 2023, misi kejuaraan kelima kini di depan mata.

“Ayuh seluruh penyokong Harimau Selatan, kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk perlawanan ini. Semoga kemenangan milik pasukan JDT.

“Jangan lupa, ayuh kita terus gegarkan Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad, 27 April ini, jam 8.00 malam dalam satu sambutan penuh gilang-gemilang untuk “Chapter 2: The 11″. Mari kita hadir beramai-ramai, kibarkan bendera biru merah, dan raikan pasukan kebanggaan kita, Johor Darul Ta’zim,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here