Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas memberikan keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya, di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 14 MAC 2025

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan beliau.

Kenderaan membawa Ismail Sabri Perdana itu tiba pada 2.52 petang kemudiannya memasuki premis berkenaan.

Ahli Parlimen Bera itu hadir kali kesembilan untuk tujuan memberi keterangan.

Semalam, beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 6.11 petang selepas selesai proses merakam keterangan yang berlangsung selama tujuh jam.

Ismail Sabri disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here