Menara Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Pembukaan semula Menara Kuala Lumpur (Menara KL) di bawah pengurusan LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM), menandakan permulaan era baharu bagi menara setinggi 421 meter itu.

Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Khairil Faizal Othman berkata, pembukaan semula ini sebahagian  inisiatif transformasi yang lebih meluas susulan pelantikan LSHSM sebagai pengendali baharu Menara KL bermula 1 April 2025 oleh Kementerian Komunikasi.

“LSHSM juga menyahut saranan Kementerian Komunikasi untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang efisien, berorientasikan pelanggan dengan penambahbaikan berterusan kepada aspek keselamatan dan keselesaan yang boleh menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairil Faizal lagi, sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula, dua tarikan utama di Menara KL kini diperkenalkan dengan nama baharu, selari dengan aspirasi untuk memberikan pengalaman yang lebih eksklusif dan moden.

Jelasnya, dua tarikan itu ialah harga makanan di Restoran Orbit yang bermula serendah RM49 bagai kanak-kanak dan RM99 untuk dewasa.

Turut di sediakan, dewan eksklusif yang mewah untuk majlis berprofil tinggi, mesyuarat dan acara peribadi di Hemisfera.

“Kami amat berbesar hati diberi kepercayaan untuk menerajui pengurusan ikon negara ini.

“Ketika kita memulakan fasa baharu ini, semua tarikan termasuk Sky Deck, Observation Deck dan Orbit Revolving Dining akan dibuka kepada pengunjung bermula esok,” ujarnya.

Dalam pada itu Khairil Faizal berkata, ketika penutupan sementara menara berkenaan, LSHSM telah bertungkus lumus tanpa henti untuk penambahbaikan Menara KL.

Perubahan menarik itu jelasnya, direka untuk memastikan Menara KL kekal sebagai mercu tanda global yang terkemuka, menawarkan pengalaman yang moden, menarik dan mampan untuk semua pengunjung.

“Penjenamaan semula ini hanyalah permulaan satu langkah awal ke arah transformasi menyeluruh yang akan dilaksanakan secara berperingkat,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here