Suhami Sudin, 51 tahun - Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang dilaporkan hilang sejak jam 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’far berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Suhaimi Sudin jam 12.22 tengah malam tadi.

Menurut beliau, mangsa kali terakhir dilihat di alamat Blok H, Apartment Permai, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya.

“Mangsa berketinggian 1.65 meter, mempunyai berat 60 kilogram (kg) serta berkulit sawo matang.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pengawai penyiasat ASP Mohd Nasir Mustapha di talian 012-9572062 atau 03-61421222,” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here