TORONTO – Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata di Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson dekat sini, pada hari Khamis.
Lelaki berusia 30 tahun itu ditembak sekitar 7 pagi waktu tempatan (12:00 GMT), kata Unit Siasatan Khas (SIU) Polis Ontario dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa mengatakan tembakan berlaku selepas berlaku berlaku ‘pertikaian’.
Selepas beberapa minit percubaan meredakan situasi, secara tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan pistol namun polis pantas melepaskan tembakan.
Terdahulu, pada pagi Khamis, pegawai Polis Wilayah Peel sedang menyiasat seorang “lelaki dalam kesusahan” dalam sebuah SUV di Terminal 1 berlepas, kata SIU.
Pihak berkuasa berkata, kejadian itu berlaku berhampiran balai berlepas Terminal 1.
Ketua Polis Wilayah Peel, Nishan Duraiappah berkata, sebelum kejadian, anggota polis mengambil kira-kira 10 minit bercakap dengan kumpulan itu, termasuk dua atau tiga orang yang terlibat dalam pertikaian.
Ketika itu, salah seorang individu tiba-tiba menarik pistol.
Lelaki itu yang belum dinamakan polis telah dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Insiden itu mencetuskan kekecohan sementara waktu di lapangan terbang paling sibuk di Kanada. – Agensi