Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berucap pada Ceramah Grand Finale sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Taman Golf Bidor, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 APRIL 2025. PAS rasis tok wan
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berucap pada Ceramah Grand Finale sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Taman Golf Bidor, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 APRIL 2025.

TAPAH – Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menangkis dakwaan yang sering mengaitkan gabungan itu sebagai parti yang membawa naratif berbaur perkauman.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu berkata, sebaliknya PN sentiasa mengambil pendekatan menyantuni masyarakat pelbagai kaum termasuk dalam pelbagai siri kempen pilihan raya kecil (PRK).

Menurut Muhammad Sanusi, secara peribadi semangat keharmonian telah sebati dalam dirinya apabila beliau sendiri mempunyai susur galur keturunan masyarakat Cina yang berhijrah ke sini daripada Tanah Besar China suatu masa dahulu.

“Tok wan (datuk) sebelah ayah saya datang sendiri ke sini, dia juga berasal dari Tanah Besar China. Dia kemudian berkahwin dengan tok (nenek) saya yang berbangsa Melayu.

“Akhirnya, lahirlah cucu-cucu yang membesar. Tok wan saya menetap di perkampungan Melayu dan hidup dengan aman dan damai selepas berkahwin dengan wanita Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Grand Finale PN PRK Ayer Kuning di Taman Golf Bidor, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Dr Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta calon PN PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah menambah, suasana berkawan dengan masyarakat pelbagai kaum juga menjadikan beliau seorang yang amat menghormati prinsip kemajmukan rakyat.

“Saya berkawan dengan orang Cina, saya berkawan dengan orang India. Tok Wan saya (berdarah) Cina. mengapa pula dikatakan kita ini ‘rasis’ (perkauman),” katanya lagi.

Beliau mendakwa, sebaliknya isu membabitkan hal perkauman sama ada yang sudah atau sedang berlaku dalam negara ketika ini adalah daripada parti DAP.

“Kita bukan ‘rasis’, kita cuma cakap berterus terang. Dan yang meniupkan api perkauman dalam negara bukan PN, PAS atau BERSATU, sebaliknya yang meniupkannya adalah DAP. Oleh itu, perlu kita kalahkan DAP,” dakwanya.

Sebelum ini media melaporkan Abd Muhaimin memberitahu beliau mempunyai darah keturunan daripada masyarakat Cina pada sebelah ibunya.

Kata Abd Muhaimin, beliau mempunyai 80 peratus darah berketurunan cina sementara 20 peratus Minangkabau. – MG Perak

ARTIKEL: 

Sentimen Dan Isu Politik: Apa Kata Pengundi Ayer Kuning #SKOPMG

BN tiada masalah kekalkan kerusi DUN Ayer Kuning – Ilham Centre

Tanggungjawab besar kekalkan BN di Ayer Kuning – Samsudin

Saya nak hadiahkan cermin untuk Sanusi – Dr Akmal

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here