18 penagih dadah termasuk warga asing ditahan di sekitar Kajang, Selangor.

KUALA LUMPUR – Seramai 18 penagih dadah termasuk warga emas ditahan ketika sedang berkhayal di sebuah ‘pot’ dalam serbuan Ops Sarang di sekitar daerah Kajang, Selangor.

Dua lelaki yang menjadi tokan dan juga pembekal dadah turut ditahan di situ.

Operasi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di lokasi yang dikenal pasti sebagai sarang menjual dan penagihan dadah.

“18 lelaki ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah, melibatkan 17 individu warga tempatan dan seorang bukan warganegara yang berusia lingkungan 31 hingga 62 tahun.

“JSJN Selangor turut merampas dadah jenis heroin dengan anggaran berat 2.91 gram yang dianggarkan bernilai RM72.80 dan hasil ujian saringan air kencing dijalankan mendapati kesemuanya positif dadah,” kata Polis Selangor dalam kenyataan dalam hantaran di Facebook.

Tambah kenyataan itu, kesemua tangkapan akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada masa katanya, terdapat lima individu didapati kini dalam senarai dikehendaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here