Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa pilu dengan situasi dihadapi seorang pelajar miskin Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang juga seorang anak yatim yang meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak dapat hadir mengambil keputusannya kerana kekangan kewangan.

Beliau memberi jaminan nasib pelajar tersebut akan perhatian segera pihak Mara dan berjanji Mara akan menanggung pendidikan pelajar terbabit hingga peringkat universiti, termasuk peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Pilu mendengar kisah pelajar yatim dan miskin 9A MRSM PC tak pergi ambil keputusan SPM sebab kekangan wang. MARA akan tanggung pelajar ini sampai universiti hatta ke luar negara.

“Insya-Allah, saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Mara untuk segera kumpulkan semua pelajar cemerlang MRSM seluruh negara termasuk penerima bantuan pendidikan Mara (BUDI) daripada golongan miskin tegar yang memperoleh semua A (dalam SPM), untuk bertemu saya dan diadakan program khas.

“Pada program itu nanti, akan diterangkan peluang yang MARA tawarkan dalam bidang-bidang strategik yang memenuhi keperluan kerjaya masa depan,” katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau, di sini.

“Insya-Allah, amanah ini akan saya galas untuk membela lebih ramai anak bangsa yang kurang bernasib baik sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here