Datuk Ngwe Hee Sem

MELAKA – Kes demam denggi di Melaka dilaporkan menurun kepada 403 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 berbanding 719 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, angka itu menunjukkan pengurangan sebanyak 316 kes atau 43.95 peratus.

“Penurunan kes ini turut menyaksikan sebanyak 17 kes didaftarkan pada Minggu Epid 16 bermula 13 April hingga 19 April lalu berbanding 42 kes pada minggu sama tahun lalu.

“Tiada kematian kes dilaporkan pada minggu ini namun secara kumulatif satu kes kematian direkodkan tahun ini berbanding dua kes kematian tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Projek Pelepasan Nyamuk Berwolbachia peringkat negeri Melaka di Dewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Taman Seri Telok Mas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata program pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di lokaliti baru itu merupakan sebahagian daripada inisiatif bersepadu dalam membanteras penularan penyakit bawaan nyamuk yang masih menjadi isu kesihatan awam di negeri ini.

“Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah menjalankan pelbagai tindakan kawalan bagi menangani kenaikan kes denggi di Melaka seperti semburan kabus, larvaciding dan pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Nyamuk Aedes berWolbachia adalah nyamuk Aedes yang telah disuntik dengan bakteria wolbachia dan ia adalah satu kaedah kawalan biologi yang terbukti berkesan kerana dapat menyekat penularan virus denggi kepada komuniti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here