Dr. Mohd Zahari Ismail

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK), Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail mensasarkan seramai 24,000 pelajar baharu di politeknik dan 8,000 di kolej komuniti bagi Sesi I 2025/2026.

Beliau optimis sasaran ini mampu dicapai dan generasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan dapat terus dilahirkan untuk mengisi keperluan tenaga mahir negara.

Menurutnya, TVET bukan sekadar laluan alternatif tetapi merupakan arus perdana pembangunan negara untuk hari ini.

Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Silaturahim Syawal Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK), Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail menegaskan politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) pula bukan lagi pilihan kedua.

Sebaliknya, POLYCC menjadi antara institusi TVET game changers untuk membina modal insan yang berdaya saing dan relevan.

Bersempena dengan pengumuman keputusan SPM Khamis lalu,  beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar atas pencapaian pada SPM 2024 dan menasihati para pelajar untuk menyambung pengajian sentiasa terbuka luas buat mereka dan menyeru untuk memilih laluan TVET sebagai pilihan utama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here