Tangkap layar video yang memaparkan seorang wanita yang memandu secara melulu dan melawan arus di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hampar, Segamat

JOHOR BAHRU – Polis menahan sorang wanita yang memandu secara melulu dan melawan arus sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hampar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kejadian itu dikesan selepas sebuah video berdurasi 18 saat tular dalam Facebook memaparkan sebuah kereta Perodua Bezza biru melakukan aksi berbahaya di Jalan Hassan di sini.

“Hasil siasatan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Segamat berjaya mengenal pasti pemandu wanita terbabit sebelum dia ditahan semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif dan semakan lanjut juga mendapati tiada rekod lampau direkodkan terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pengguna.

“IPD Segamat sentiasa komited dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang mengabaikan undang-undang serta membahayakan keselamatan jalan raya,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here