Gambar hiasan polis.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas ditemui meninggal dunia di dalam parit di Kampung Tunku, Jalan Astana di Petra Jaya, Kuching, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan wanta itu pada jam 5.41 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa adalah wanita berusia 82 tahun dan pasukan perubatan mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

“Mayat kemudian dirujuk ke Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Namun, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil bagi membantu siasatan.

“Orang awam boleh berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Gita, Asisten Superintendan Syed Zainal Abidin Syed Ali di talian 019-5131156 atau Balai Polis Gita di talian 082-254417 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

“Saya juga menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi menjaga sensitiviti keluarga si mati,”tambah beliau.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here