Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Gustavo dilayangkan kad kuning oleh Razlan Joffri Ali selepas mengasari pemain Sri Pahang FC pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpendapat prestasi pengadil Razlan Joffri Ali yang mengadili perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sri Pahang berada pada tahap baik dalam aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam Sabtu lalu.

Malah Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram berkata, Razlan Joffri juga telah membuat keputusan-keputusan penting yang tepat pada perlawanan tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM berkata, kesimpulan itu dibuat selepas beliau meneliti laporan penilai pengadil serta analisis oleh Unit Pengadil FAM dan Jawatankuasa Prestasi Pengadil FAM.

“Laporan Penilai Pengadil menunjukkan pengendalian perlawanan oleh Razlan telah menunjukkan satu prestasi yang baik, sekali gus tidak mempengaruhi keputusan akhir perlawanan.

“Keputusan penalti yang diberikan kepada pasukan JDT dan keputusan membatalkan gol JDT kerana kesalahan ofside adalah tepat.

Dalam perlawanan itu, beberapa keputusan dibuat Razlan Joffri menimbulkan tanda tanda terutama beberapa layangan kad kuning yang disifatkan terlalu mudah.

Mengulas lanjut, Sivasundaram turut membuat kesimpulan bahawa setiap key match incident dalam perlawanan tersebut telah diadili dengan tepat mengikut undang-undang permainan FIFA.

“Lumrah manusia yang mana tidak lari daripada kesilapan-kesilapan yang mana ia tidaklah sebesar mempengaruhi keputusan akhir perlawanan tersebut.

“Kedua-dua pasukan telah memiliki peluang yang sama rata untuk bergelar juara dan ia ditentukan oleh pasukan itu sendiri. FAM sangat komited dengan mutu prestasi pengadil dan FAM tidak pernah berkompromi dalam hal mutu pengadil,” katanya lagi.

Sementara itu, Sivasundaram turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam aksi final tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here