Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dianugerahkan PhD Kehormat dalam bidang Ekonomi Islam dan Perbankan yang disampiakan oleh Presiden  Universiti Yarmouk, Profesor Dr Islam Massad, hari ini.

Pengiktirafan tersebut adalah lambang eratnya hubungan strategik yang telah lama terjalin antara Kerajaan Negeri Pahang dan Universiti Yarmouk, kata Wan Rosdy.

Menurutnya kerjasama rasmi antara kedua-dua pihak bermula sejak tahun 2001, apabila satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara Kolej Yayasan Pahang dan Universiti Yarmouk bagi menghantar anak-anak Pahang untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut dalam bidang pengajian Islam.

“Hubungan ini diperkukuhkan dengan penubuhan Kursi Pahang di universiti itu pada tahun  2011 yang berperanan untuk menjalankan penyelidikan di dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kedua-dua pihak.

“Selepas 14 tahun, kerjasama dua hala terus diperkukuhkan lagi dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kursi Pahang dengan universiti berkenaan pada hari ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas Wan Rosdy, sehingga kini, seramai 363 anak-anak Pahang telah menamatkan pengajian di  Universiti Yarmouk, manakala 78 lagi masih lagi meneruskan pengajian.

Beliau percaya hubungan akademik yang kukuh antara Pahang dan Universiti Yarmouk mampu diperluas lagi ke bidang penyelidikan bersama, inovasi ekonomi Islam, teknologi hijau  serta pembangunan lestari.

Katanya ia sejajar dengan aspirasi menjadikan Pahang sebagai model negeri maju berteraskan Maqasid Syariah dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here