Pejabat Widad Business Group di Jalan Semantan, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Widad Group Bhd menjual sebuah bangunan pejabat 12 tingkat di Damansara Heights, Kuala Lumpur dengan harga tunai RM41.5 juta.

Dalam satu pemfailan kepada Bursa Malaysia, Widad memaklumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Widad Builders Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan Richfield Builder (M) Sdn Bhd (RBSB) bagi tujuan pelupusan aset tersebut.

Bangunan pejabat 12 tingkat itu, yang turut merangkumi enam tingkat tempat letak kereta bertingkat, adalah pegangan pajakan selama 99 tahun yang akan tamat pada 30 Januari 2073, dengan baki tempoh pajakan selama 48 tahun.

Jumlah keluasan tanah ialah 17,305 kaki persegi, dan bangunan tersebut berusia kira-kira 28 tahun.

Nilai buku bersih yang telah diaudit setakat 31 Disember 2023 adalah sebanyak RM39.69 juta, manakala kos pelaburan asal ialah RM38 juta pada 18 Oktober 2013.

Widad berkata hasil daripada pelupusan ini akan digunakan untuk menyelesaikan sepenuhnya pinjaman yang berkaitan dengan hartanah tersebut dan untuk modal kerja.

“Namun begitu, nisbah hutang akan bertambah baik berikutan pengurangan pinjaman sebanyak RM40 juta,” katanya.

Widad menambah bahawa pelupusan ini merupakan peluang untuk kumpulan memperbaiki prestasi kewangan dengan mengurangkan kos pembiayaan, susut nilai, dan meningkatkan aliran tunai. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here