Penganjuran majlis perkahwinan berkonsepkan adat Melayu oleh pasangan Cina, Chang Jeff Sun dan Ng Sow Gee yang mendapat perhatian Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. – Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menyifatkan penganjuran majlis perkahwinan berkonsepkan adat Melayu oleh pasangan Cina, Chang Jeff Sun dan Ng Sow Gee sebagai sesuatu yang indah dan menyentuh hati.

Menurut beliau, kisah itu bukan sahaja mempamerkan keunikan budaya tempatan, malah memperlihatkan semangat perpaduan dan keharmonian yang sebenar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Aaron Ago Dagang.

Malah, katanya, ia juga merupakan erti sebenar kesatuan apabila kepelbagaian diraikan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang.

“Tindakan pasangan ini jelas mencerminkan penghargaan terhadap warisan budaya negara kita yang “tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan”, terus hidup dan segar merentas kaum serta generasi,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau malam tadi.

Penganjuran majlis perkahwinan berkonsepkan adat Melayu oleh pasangan Cina, Chang Jeff Sun dan Ng Sow Gee yang mendapat perhatian Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. – Foto: BERNAMA

Menerusi hantaran sama, Aaron turut menyertakan beberapa keping gambar pasangan Jeef Sun dan Sow Gee yang mengenakan busana pakaian pengantin tradisional Melayu berwarna kuning keemasan yang dikongsikan daripada agensi berita Bernama.

Sementara itu, Aaron berkata, beliau amat tersentuh dan berbangga melihat bagaimana warisan budaya dapat menjadi jambatan yang menyatukan hati rakyat Malaysia.

“Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus memperkukuh perpaduan dan menghargai kekayaan budaya negara tercinta,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here