Kenderaan dipandu lelaki OKU merempuh kawasan medan selera di Ampang, Foto PDRM.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu terbabas dan merempuh Laman Selera Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Jalan Kerja Air Lama, Ampang, Selangor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu melibatkan seorang lelaki kurang upaya (OKU) kaki berusia 67 tahun.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner ketika itu pemandu cuba memasuki petak parkir OKU di lokasi itu.

“Secara tiba-tiba, lelaki terbabit tidak sengaja menekan pedal minyak hingga menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam kawasan medan selera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Azam berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan insiden hanya melibatkan kerosakan pada kenderaan serta peralatan premis.

Berikutan itu, kes akan disiasat mengikut Peraturan 10, Kaedah-Keadah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LM 166/59). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here