Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Tertuduh, Lim Ken Yi, 23, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengedar dadah jenisĀ  ‘methylenedioxymethamphetamine’ (MDMA) dengan anggaran berat kasar 219.06 gram.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah di tepi jalan Datuk Abdullah Tahir di sini pukul 1.30 petang, pada 20 April lalu.

Dia dituduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 sebatan, jika disabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki ketamin dengan berat 6 gram.

PerbuatanĀ  tersebut dilakukan pada hari dan waktu yang sama serta tempat yang sama bagi pertuduhan pertama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan tarikh 25 Jun ini sebagai sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here