Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memberi fokus dan penekanan kepada industri kajian dan penyelidikan bagi bersedia berdepan isu kesan tarif timbal balik yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) kepada negara ini.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, langkah itu penting dibimbangi negara akan berada dalam situasi ketinggalan berbanding negara lain sekiranta tidak diambil tindakan segera.

“Saya juga berharap untuk kita melihat apakah tindakan selepas ini? Adakah hanya tarif sahaja yang menjadi kegusaran kepada kita?

“Kita melihat, ada perkara yang kita terlepas pandang kerana ada kuasa-kuasa besar dunia atas nama kemajuan teknologi canggih rupa-rupanya menekan ekonomi Malaysia. Bukan sahaja ekonomi negara malah menekan ekonomi rumah tangga atau keluarga.

“Di atas nama kemajuan teknologi ini, kita terpaksa mengikut teknologi. Disebabkan teknologi ini, kita sebenarnya tidak memberi penekanan kepada industri kajian dan penyelidikan di Malaysia,” katanya dalam perbahasan Sidang Khas Dewan Rakyat berkaitan tarif timbal balik di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohd. Shahar turut melahirkan kebimbangan di mana kerajaan memerlukan usaha bersepadu untuk memastikan negara menjadi peneraju kepada teknologi berasaskan pelaburan sumber asli yang ada dalam negara ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast