Penyanyi, Datuk Nora Ariffin ketika hadir di mahkamah bagi prosiding sebutan perceraiannya bersama suami Dr. Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 6 MEI 2025.

PETALING JAYA – “Apa juga keputusan hari ini saya akan terima dengan réda kalau Tuhan kata sampai sini sahaja jodoh, saya boleh mulakan hidup baharu dan keluar daripada circle yang toksik (persekitaran yang toksik) dan bersihkan nama.

Demikian kata penyanyi, Datuk Nora Ariffin ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, bagi menghadiri prosiding sebutan perceraiannya dengan Dr. Rushdi Ramli.

Nora menyifatkan perceraian sebagai jalan terbaik buat dia dan suami pada masa ini.

“Kalau nak teruskan (perkahwinan) pun sebelum ini ada banyak cabarannya, akan pergi ke perkara yang sama juga.

“Saya tidak pernah melalui perkara begini sebab itu tidak tahu nak cakap apa, tidak tahu nak expect (jangka) apa, kena tunggulah (keputusan).

“Apa juga keputusan sekejap lagi saya akan terima dengan reda dan lapang dada dan ini adalah jalan yang terbaik untuk kami juga,” jelasnya.

Dalam pada itu Nora memaklumkan pernah berjumpa dengan Rushdi sebelum ini namun tidak berbincang perihal perceraian mereka.

Namun, beliau yakin  Rushdi memahami tujuannya untuk bercerai.

Bahkan, pelantun lagu Hanya Satu itu berkata, mereka berdua sepakat untuk tidak mahu bermusuh, sebaliknya menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan baik.

“Ada jumpa tapi tidak ada bincang pasal perceraian, saya tidak mahu tanya apa-apa pada dia, saya mahu hari ini dia buat keputusannya. Dia pun tahu tujuan saya (mengapa mahu bercerai).

“Saya dengan dia memang tidak bergaduh (jadi) apa-apa pun, kita (sepakat) buat cara yang terbaik. Saya pun tidak berani cakap (banyak) sebab tidak tahu lagi apa akan berlaku,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Rushdi ketika ditemui berkata, beliau meneruskan prosiding berlangsung sebentar tadi, tapi tidak mendedahkan pendiriannya sama ada bakal melafazkan talak atau tidak kepada Nora.

“Apa-apa pun saya akan cakap dalam mahkamah, biarlah saya cakap di dalam, malah sahabat baik saya sendiri tidak tahu pendirian saya,” katanya.

Nora pada 21 April lalu, memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.

Terdahulu,  Dr. Rushdi pernah tampil bersuara memihak kepada Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengann penyanyi terkenal itu.

Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya. pada penghujung tahum 2021. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here