Dua nama besar dalam industri muzik rock tanah air iaitu Datuk Awie dan Search Kid Din dalam satu pentas penuh nostalgia dan tenaga.
KUALA LUMPUR – Pentas rock tanah air bakal kembali bergegar menerusi gabungan dua legenda rock Malaysia, Datuk Awie dan Search KidDin dalam Konsert Jelajah Rockology 2025.
Bakal berlangsung di dua lokasi utama, iaitu di Midtown Perda, Pulau Pinang pada 21 Jun dan EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor pada 5 Julai depan, konsert itu akan menjadi satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock di negara ini.
Menurut Awie, beliau menerima pelawaan untuk terlibat dalam konsert berkenaan disebabkan oleh misi dan semangat yang dibawa dalam jelajah tersebut.
“Sebahagian dana atau keuntungan yang diperoleh daripada konsert ini akan disalurkan kepada program tanggungjawab sosial korporat kami, iaitu Konsert Wings Dalam Penjara, sebuah projek khas untuk menyantuni komuniti yang memerlukan perhatian dan sokongan pemulihan.
“Ini cara kami memberi kembali kepada masyarakat, terutama mereka yang telah tersisih daripada dunia luar,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh RPM Events Sdn Bhd.
Konsert Jelajah Rockology 2025 diadakan sempena pelancaran rasmi RPM Group of Companies yang menaungi tiga entiti dinamik.
Sementara itu, Konsert Jelajah Rockology 2025 diadakan sempena pelancaran rasmi RPM Group of Companies yang menaungi tiga entiti dinamik dalam dunia seni dan hiburan iaitu Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd., RPM Events Sdn. Bhd. dan RPM Labels Sdn. Bhd.
Menurut Pengarah RPM Group of Companies, Datuk Eddy Amir Salim, penubuhan mereka bukan sekadar gabungan syarikat, tetapi satu gerakan untuk memperkukuh industri hiburan Malaysia dengan pendekatan yang lebih profesional, tersusun dan berimpak tinggi.
“Dengan adanya Rumah Produksi Merah, RPM Events dan RPM Labels di bawah satu bumbung, kami percaya sinergi ini akan menghasilkan karya-karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi nilai kepada masyarakat dan negara,” katanya. – MalaysiaGazette
"Saya bukan pengasas, bukan pemilik syarikat, dan bukan orang yang mengumpul duit. Saya hanyalah perantara jambatan yang menyambungkan pelabur kepada syarikat yang saya sendiri percaya pada waktu itu," katanya.