Pasangan suami isteri yang disyaki mendera bayi lelaki mereka di rumah Taman Seri Pelangi, Alor Gajah di sini malam Isnin lalu direman tujuh hari bermula hari ini.

MELAKA – Pasangan suami isteri yang disyaki mendera bayi lelaki mereka berusia dua bulan sehingga kritikal di rumah Taman Seri Pelangi, Alor Gajah di sini malam Isnin lalu direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 13 Mei ini terhadap kedua-dua suspek berusia 22 tahun itu dikeluarkan Hakim Haderiah Siri di Mahkamah Seksyen Ayer Keroh di sini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, pasangan itu tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.15 pagi diiringi anggota polis.

Semalam, media melaporkan anak tunggal pasangan itu parah akibat pendarahan dalam kepala, luka dan lebam disyaki didera kedua ibu bapanya yang tidak bekerja.

Sumber berkata, bayi dua bulan berkenaan dipercayai didera dengan cara dadanya ditumbuk selain badan dihempas ke lantai kerana kerap menangis.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, kejadian terbongkar selepas ibu mangsa berusia 22 tahun menghantar anaknya itu ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri kononnya diserang sawan.

Mangsa bagaimanapun terpaksa dirujuk ke Hospital Melaka dan hasil imbasan CT doktor pakar mendapati kesan lebam, luka di badan dan leher serta pendarahan lama dan baru dalam kepala bayi terbabit.

Doktor kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki mangsa didera dan bayi berkenaan yang kritikal kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Melaka.

Bertindak hasil maklumat, polis menahan kedua-dua suspek di hospital sama malam tadi.

Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek bagaimanapun mendapati negatif dadah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here