Lebih 200 doktor dan pekerja kesihatan berkumpul bagi membantah pelaksanana peraturan mewajibkan klinik swasta serta farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan dan meyerahkan memorandum kepada wakil Pejabat Perdana Menteri (PMO) ketika di Laman Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 06 MEI 2025.

KUALA LUMPUR – Doktor swasta bukan menolak ketelusan harga ubat-ubatan seperti yang didakwa sesetengah pihak sebaliknya membantah cara kawal selia yang dikenakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa.

Perunding kewangan bertauliah, Afyan Mat Rawi berkata, isu sebenar bukanlah berkisar kepada keengganan untuk memaparkan harga ubat etapi ia berkait rapat dengan penggunaan undang-undang yang dianggap tidak sesuai untuk sektor kesihatan.

“Ramai yang tidak sedar harga ubat di klinik swasta selama ini sebenarnya digunakan untuk menampung kos konsultasi doktor yang tidak pernah dikaji semula sejak lebih tiga dekad lalu.

“Bagus juga isu ini timbul, barulah ramai tahu kenapa harga ubat-ubatan di klinik swasta mahal iaitu untuk cover kos konsultansi doktor yang tidak pernah dikaji sejak 1992,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial hari ini.

Menurutnya, isu sebenar dalam perdebatan ini ialah pendekatan pihak berkuasa menggunakan undang-undang yang dianggap tidak sesuai terhadap sektor kesihatan.

Doktor tidak menolak ketelusan harga tetapi membantah cara kawal selia yang dikenakan.

“Saya yakin majoriti rakyat menyokong ketelusan harga ubat, dan pada masa sama tiada masalah untuk doktor memperjuangkan semula yuran konsultansi mereka,” tambahnya.

Menurut Mat Rawi, isu sebenar dalam perdebatan adalah pendekatan pihak berkuasa menggunakan undang-undang yang dianggap tidak sesuai terhadap sektor kesihatan.

Sebelum ini, media melaporkan ratusan pengamal perubatan swasta berhimpun secara aman dalam perhimpunan yang dianjurkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), bagi membantah pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) terhadap klinik dan doktor swasta pada 6 Mei lalu.

Antara isu utama yang dibangkitkan ialah arahan mewajibkan klinik memaparkan harga ubat secara terbuka, di samping yuran konsultasi yang telah kekal antara RM10 hingga RM35 sejak 1992 tanpa sebarang kajian semula. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here