KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun 8 sen kepada RM3.10 seliter untuk tempoh 8 hingga 14 Mei 2025.
Manakala harga diesel di Semenanjung juga diturunkan kepada RM2.80 seliter, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Harga runcit petrol RON95 pula kekal pada kadar RM2.05 seliter.
“Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya menerusi kenyataan. .
Kementerian itu berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan pasaran semasa.
“Kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya lagi.-MalaysiaGazette