Thursday, May 8, 2025
Home Seni Hidup Konsert GenKRU bukti KRU masih hangat di pasaran

Konsert GenKRU bukti KRU masih hangat di pasaran

Dua malam penuh nostalgia dalam Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil hujung minggu lalu. Foto kredit Bangsawan Pictures.

KUALA LUMPUR – Kumpulan legenda, KRU akan terus menggegarkan pentas dengan konsert GenKRU Live In Singapore di The Star Theatre, Singapura pada 28 Jun ini.

Konsert itu mungkin yang terakhir buat KRU susulan dua malam penuh nostalgia dalam Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil, hujung minggu lalu sebelum 10 Mei ini.

Dalam pada itu, Konsert GenKRU di Singapura akan menampilkan suasana lebih intim bersama peminat yang bakal mengimbau semula era kegemilangan KRU pada 1990-an.

Tiket konsert GenKRU Live In Singapore boleh didapati di laman sesawang https://www.sistic.com.sg dengan harga tiket bermula SGD$208.

Penuh sesak penonton dalam Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil hujung minggu lalu. Foto kredit Bangsawan Pictures.

KRU merupakan trio tiga beradik, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim mula menularkan virus dan revolusi sebuah kumpulan muzik dengan irama pop dan hip hop di Malaysia pada tahun 1992.

Lebih dua dekad, pada saat banyak trio dan kugiran memasuki pasaran tempatan, KRU tidak pernah dilupakan dan adalah legenda sepanjang zaman.

Sementara itu, penganjur konsert yang juga Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang berkata, adalah menjadi penghormatan buat mereka mempersembahan itu kerana kredibiliti dan sejarah demi sejarah yang telah dicetak KRU sejak tahun 90-an.

Katanya, KRU telah membentuk gelombang muzik yang cukup berpengaruh kepada semua generasi sehingga kini.

“Saya sebenarnya telah merisik mereka dari 1 November 2022 lagi dan akhirnya pada September 2024, mereka bersetuju dengan pinangan saya.

“Tidak ada banyak janji yang ingin saya berikan kecuali anda rugi besar kalau tidak menghadiri Konsert GenKRU di Axiata Arena pada 3, 4 dan 10  Mei 2025.

“Ini kerana ia merupakan penampilan sulung Norman, Yusry dan Edry selepas sudah sangat ranum dalam semua aspek industri hiburan selepas menebarkan virus ‘fanatik’ terhadap muzik tempatan yang punya kualiti hebat setaraf muzik dunia,” katanya.

Kali terakhir, KRU mempamerkan sebuah konsert mega selepas membuat persembahan di Istana Budaya menerusi Konsert GenerasiKRU25 pada Mei 2018.

Konsert GenKRU akan diteruskan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Mei ini. Foto kredit Bangsawan Pictures.

Iman berkata, selepas lebih enam tahun tidak membuat konsert berskala besar bersama KRU, kumpulan menerima cadangan pihaknya menganjurkan onsert GenKRU kerana mempunyai misi dan visi yang sama dengan pihaknya.

“Konsert GenKRU bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi akan menjadi sebuah sejarah perjalanan lebih 30 tahun KRU dalam merevolusikan muzik tempatan setaraf dengan muzik Nusantara dan antarabangsa.

“Konsert ini menjadi medan peminat melihat transisi KRU dari generasi 90-an sehingga berkembang dan membina empayar kami pada masa kini,” ujar KRU.

Pada dua konsert hujung minggu lalu, KRU KRU mempersembahkan rangkaian lagu hit  seperti Awas, Fanatik, Malam Kita, Ooh! La! La! The Way We Jam, Babe, Jangan Lafazkan, Bidadari, Hingga Ke Jannah, Dekat Padamu, Wanita, Negatif, Mengerti, Apa Saja dan Janji Tinggal Janji.

KRU turut  menyampaikan lagu ciptaan atau diterbitkan mereka yang dinyanyikan penyanyi lain ntaranya, Untukmu nyanyian kumpulan Feminin, diikuti Sedetik Lebih (Anuar Zain), Separuh Masa (The Lima) dan Romancinta (Mojo).

Pada konsert malam pertama itu, KRU turut membuat kejutan apabila membawa anak didik mereka iaitu bekas peserta Akademi Fantasi musim kedua (AF2), Adam dan kumpulan Elite menerusi segmen duet.

KRU mempersembahkan lagu Terhangat Di Pasaran bersama Adam yang popular sekitar 2005. Kemunculan Adam di pentas mendapat sorakan hangat daripada ribuan penonton.

Kemunculan Elite dianggotai Abby Abadi, Sasha Saidin, Watie Sadali, Azzarima Zawari dan Linda Rafar turut mendapat sorakan gemuruh apabila mereka tampil berduet lagu Di Pintu Syurga bersama KRU. – MalaysiaGazette

Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil hujung minggu lalu bukti KRU merupakan kumpulan legenda. Foto kredit Bangsawan Pictures.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here