Nur Zulfaz

BAYAN LEPAS – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang mencatat peningkatan jumlah tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebanyak 6.6 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei 2025 berbanding keseluruhan tahun 2024.

Pengarah JIM Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, mengikut statistik, sebanyak 764 tangkapan direkodkan setakat semalam berbanding 717 tangkapan sepanjang tahun 2024.

“Mengikut pecahan seramai 1,470 warga asing diperika membabitkan 239 operasi sejak Januari sehingga semalam.

“Manakala sepanjang tahun lepas sebanyak 1,034 operasi dijalankan pihak kami dengan pemeriksaan membabitkan 4,420 warga asing.

“Selain itu, untuk tahun ini juga sebanyak 430 pendakwaan telah dibuat setakat semalam terhadap warga asing yang didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, pihaknya juga mengambil tindakan terhadap majikan yang didapati masih gagal mematuhi peraturan ditetapkan imigresen.

“Sepanjang tahun lepas seramai 62 majikan dikenakan tindakan manakala seramai 47 majikan bermula Januari lalu hingga semalam,” katanya.

Mengulas lanjut Nur Zulfa berkata, seramai 415 PATI telah dihantar pulang ke negara masing-masing setakat semalam manakala 1,109 individu sepanjang tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here