KUALA LUMPUR – Lebih 10,000 peluang kerjaya berprofil tinggi ditawarkan pada 10 hingga 11 Mei ini di dewan 4 dan 5 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena Karnival Premium MYFutureJobs 2025.

Kelainan Karnival Premium MYFutureJobs anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) versi premium ini adalah menerusi penyertaan syarikat terkemuka dan jawatan berprofil tinggi dalam pelbagai sektor seperti perbankan, kejuruteraan, teknologi maklumat, penjagaan kesihatan, dan perhotelan, dengan lebih 70 peratus jawatan dalam kategori eksekutif, menjadikannya platform strategik bagi graduan dan profesional yang ingin melonjakkan kerjaya mereka.

Karnival yang berlangsung bermula 9 pagi hingga 5 petang ini menyaksikan pelbagai majikan terkemuka seperti Perkeso, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Negara Malaysia, CIMB, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, PwC, KPMG, Deloitte, Malaysia Aviation Group Berhad, Petron Malaysia serta Proton menawarkan peluang kerjaya dengan tawaran gaji mencecah hampir RM16,000.

“Karnival premium ini direka khusus untuk mempertemukan bakat-bakat berkualiti dengan majikan terbaik negara, dimana pencari kerja berpeluang mengikuti proses temu duga pada hari yang sama dan berpotensi menerima tawaran pekerjaan serta-merta,” kata Perkeso.

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang karnival berlangsung antaranya sesi Pocket Talk eksklusif oleh pakar industri iaitu Mohd Nizam Ahamad (PakTam), Sharifah Hani Yasmin, Muhamad Fairuz Zainal Abidin, Lora serta Ku Sim Ling (Aunty HR) dan semakan penilaian resume secara individu oleh pakar industri (Ku Sim Ling – Aunty HR).

Selain itu, 500 pengunjung terawal setiap hari yang menyertai aktiviti di MYFutureJobs On The Go dan memuat turun aplikasi MYFutureJobs di telefon pintar bakal menerima kupon eksklusif ZUS Coffee dan turut berpeluang menerima tambah nilai Touch ‘n Go bernilai RM20 serta menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik untuk pengunjung dan pencari kerja.

Penganjuran Karnival Premium MYFutureJobs adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh ekosistem pekerjaan negara yang inklusif, responsif dan berdaya tahan.

Pencari kerja dan graduan digalakkan mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair atau muat turun aplikasi MYFutureJobs di telefon pintar untuk menyertai karnival ini dan mengakses pelbagai peluang kerjaya yang ditawarkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here