Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Musim Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 10 Mei 2025 dan akan berterusan sehingga September 2025 berikutan keadaan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau ini.

Sepanjang musim ini, kadar kelembapan udara kelazimnnya adalah rendah menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, negara ini akan menerima jumlah hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

Walau bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah, terutamanya pada awal pagi berikutan kehadiran fenomena garis badai.

Ia merupakan barisan ribut petir yang terbentuk akibat daripada penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Semasa kemuncak musim ini pada Julai hingga September, fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.

Oleh itu, beliau berkata, sebarang pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan bencana jerebu yang akan mencemarkan alam sekitar negara.

Beliau turut menyarankan orang ramai menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here