Murad Jailani

PASIR GUDANG – Nurul Izzah Anwar layak menjadi calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi penggal 2025–2028 kerana berpengalaman luas dalam kepimpinan parti.

Ketua PKR Cabang Pasir Gudang, Murad Jailani berkata, ia berdasarkan rekod perkhidmatan Nurul Izzah yang pernah menjadi Naib Presiden PKR dan ahli Parlimen.

“Dalam suasana politik semasa, Keadilan memerlukan seorang pemimpin yang bukan sahaja berwibawa tetapi juga mampu turun padang bersama akar umbi, mendengar serta memahami denyut nadi rakyat dan ahli parti.

“Pemimpin yang tidak terikat dengan tanggungjawab pentadbiran kerajaan mampu memberikan fokus sepenuhnya kepada pengukuhan organisasi parti.

“Kami yakin Nurul Izzah memiliki kredibiliti serta komitmen yang tinggi untuk membantu Presiden dalam memperkukuh hala tuju parti dan memperkasakan perjuangan Keadilan,” katanya dalam kenyataan.

Murad berkata, sokongan Cabang Pasir Gudang kerana melihat Nurul Izzah sebagai  tokoh yang telah lama dikenali sebagai penggerak utama gerakan reformasi sejak penubuhan parti.

Selain Datuk Seri Rafizi Ramli yang dijangka bertanding mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah disebut-sebut akan bertanding merebut jawatan tersebut.

Selain Cabang PKR Pasir Gudang, PKR Selangor dan PKR Melaka selain Wanita PKR Johor serta beberapa cabang lain dari seluruh negara turut menyatakan sokongan terbuka cadangan pencalonan Nurul Izzah itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here