Seorang warga asing yang berlumpur selepas cuba melarikan diri ditahan ketika Operasi Gempur Sasar yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) di sebuah tapak pembinaan di Segambut, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 07 MEI 2025

KUALA LUMPUR – Sanggup terjun ke dalam lumpur dan cuba melompat dari bangunan, itu yang dilakukan oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sebuah tapak pembinaan di Jalan Kuching ketika mahu melarikan apabila diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menerusi Ops Gempur Sasar, hari ini.

Bagaimanapun, Pengarah JIM KL, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata tiada kecederaan dilaporkan melibatkan warga asing yang cuba melarikan diri.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff memeriksa sebahagian warga asing yang ditahan ketika Operasi Gempur Sasar yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) di sebuah tapak pembinaan di Segambut, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 07 MEI 2025

“Sepanjang operasi tadi, kita dapati keadaan terkawal walaupun terdapat beberapa cubaan melarikan diri dengan terjun dari bangunan, menyorok di tingkat-tingkat atas binaan dan ada juga cuba terjun ke dalam lumpur,” katanya kepada pemberita ketika sidang media.

Jelasnya, daripada 200 pekerja tapak pembinaan kondominium empat tingkat yang diperiksa, seramai 60 PATI ditahan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff memeriksa sebahagian warga asing yang ditahan ketika Operasi Gempur Sasar yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) di sebuah tapak pembinaan di Segambut, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 07 MEI 2025

“Pecahan PATI yang kita tahan adalah warganegara Indonesia (17), Bangladesh (41), Myanmar dan India masing-masing seorang,” katanya.

Dalam masa yang sama Saupee mengesahkan pihaknya menahan seorang majikan tapak pembinaan tersebut untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sebahagian warga asing yang ditahan ketika Operasi Gempur Sasar yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) di sebuah tapak pembinaan di Segambut, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 07 MEI 2025

“Mereka semua akan dibawa ke pejabat JIM KL untuk dipastikan dan disahkan kesalahan masing-masing,” tambahnya.

Terdahulu katanya, Ops Gempur Sasar peringkat KL hari ini kekuatan 60 anggota dan pegawai.

Ia digerakkan sepenuhnya oleh JIM.

Operasi besar-besaran tersebut turut dijalankan serentak di seluruh negara, pada hari ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here