Pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto ihsan JBPM Melaka.

MELAKA – Seorang pekerja binaan maut selepas tersepit di dalam mesin pam pasir di sebuah tapak projek perumahan di Pulau Gadong, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd Ismail Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pukul 11.56 pagi tadi.

“Sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi dan tiba 10 minit kemudian.

“Seorang pekerja lelaki warga Myanmar berusia 26 tahun didapati tersepit di dalam mesin pam pasir ketika sedang bekerja dan disahkan sudah meninggal dunia oleh petugas perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya setakat pukul 12.33 tengah hari tadi, kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang giat dilakukan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here