Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang pesara wanita berputih mata kerugian RM645,169 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa iaitu warga tempatan berumur 61 tahun memaklumkan kejadian itu bermula pada November tahun lalu.

“Ketika mangsa berada di kediamannya di Taman Desa Tebrau1 di sini, telah tertarik dengan satu iklan pelaburan saham yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok.

“Mangsa kemudian berhubung dengan individu yang mendakwa sebagai ejen pelaburan melalui beberapa nombor telefon.

“Ejen Pelaburan itu membuat tawaran pelaburan saham yang kononnya beroperasi di Malaysia dan China, serta menjanjikan pulangan luar biasa sehingga mencecah antara 200 hingga 600 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa katanya, kemudian diminta memuat turun dua aplikasi iaitu pelaburan sebagai syarat penyertaan.

Menurut Raub, mangsa melakukan sebanyak 58 transaksi pindahan wang ke 13 akaun bank tempatan antara 13 Januari hingga 9 April 2025, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM645,169.29.

Namun katanya, mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kesemua akaun bank yang terlibat telah mempunyai 90 rekod penipuan keseluruhan sebelum ini.

Tambah Raub, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here