Mohamad.

GEORGE TOWN – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerlukan kepimpinan yang memahami denyut nadi anggota akar umbi bagi memperkukuh parti dalam menghadapi cabaran politik, sosial dan ekonomi negara yang semakin mencabar.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, usaha mengukuhkan struktur organisasi parti dari akar hingga ke pucuk pimpinan perlu dilaksanakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut beliau, regenerasi kepimpinan dalam parti perlu diteruskan sebagai langkah memastikan PKR kekal sebagai parti suara rakyat dan relevan dalam landskap politik semasa.

“PKR Pulau Pinang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Pengerusi MPN negeri, Nurul Izzah Anwar untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden.

“Namun berdasarkan realiti politik semasa, kami menyatakan sokongan penuh sekiranya beliau berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Nurul Izzah memiliki latar belakang dan pengalaman luas dalam politik termasuk pernah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Permatang Pauh selama 15 tahun, selain memegang jawatan Naib Presiden ketika ini.

“Sepanjang penglibatannya, beliau dilihat kekal konsisten dengan prinsip perjuangan parti, termasuk soal keadilan sosial, hak wanita, pendidikan dan integriti politik.

Dalam kenyataan sama, PKR Pulau Pinang bersama Angkatan Muda dan Wanita negeri menegaskan kesediaan untuk berdiri teguh bersama Nurul Izzah dalam apa jua keputusan yang bakal diambil, selagi ia bertujuan memperkukuh dan memajukan parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here