Anggota polis dan kakitangan TNB melakukan pemotongan bekalan elektrik di premis yang menjalankan kegiatan judi haram secara dalam talian di Kluang semalam.

KLUANG – Tiga premis yang menjalankan kegiatan perjudian di daerah ini dipotong bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam operasi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Op Dadu berkenaan dijalankan dari pukul 10.45 pagi hingga 1 petang melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dibantu dua kakitangan TNB.

Katanya, operasi bersepadu itu dilakukan bagi melumpuhkan aktiviti perjudian loteri awam tanpa lesen secara dalam talian.

“Mereka melakukan aktiviti perjudian haram ini secara tambah nilai di daerah ini. Tindakan pemotongan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang 07-7784222, direct line 07-7784256, hotline 07-7766822 dan tablet 014-3656822.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here